Adi Firansyah

Adi Firansyah (lahir 26 September 1984 di Jakarta dan meninggal pada 23 Disember 2006) merupakan seorang pelakon drama bersiri dan bintang iklan di Indonesia dan berketinggian 182 cm serta beragama Islam. Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu petang 23 Disember di daerah Hankam-Cikunir, Bekasi kerana kemalangan motor yang teruk. Beliau bercerai dengan isterinya pada bulan September 2005 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Chavia Zagita Firansyah. Ayahnya juga sudah lama meninggal setelah bercerai dengan ibunya. Beliau dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Pondok Kelapa Jakarta Timur. Kepergian Adi membuat keluarga, penggemar dan kawan-kawan dekatnya sedih.